Salah satu ilmu yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam adalah mempelajari cara mengerjakan umrah dengan sempurna.
Ibadah ini amat dituntut dalam ajaran Islam apabila seorang Muslim berupaya dan berkemampuan ( اسْتَطَاعَ) untuk mengerjakannya.
Hal ini telah dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran pada surah Al-Imran (ayat 97) yang bermaksud:
فِيهِ ءَايَـٰتٌۢ بَيِّنَـٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ
Maksudnya:
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Berkemampuan ini mempunyai dua jenis iaitu:
- Berkemampuan atas sendirinya.
- Berkemampuan dengan pertolongan orang lain.
Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua jenis ini?
Kalau nak tahu, anda kena baca coretan ini sehingga habis untuk mengetahui panduan dan cara mengerjakan umrah dengan betul.
Definisi Umrah Dan “Berkemampuan”
Sebelum anda mengenali maksud “berkemampuan”, anda perlu memahami definisi umrah terlebih dahulu.
Dengan ini, anda akan mendalami syarat-syarat berkemampuan dengan lebih mudah.
Umrah bermaksud menziarahi Baitullah pada bila-bila masa (kecuali musim menunaikan haji) untuk melakukan ibadah tertentu dan ia tertakluk pada syarat-syaratnya.
Islam telah menentukan lima syarat wajib ketika menunaikan ibadah umrah iaitu:
- Individu yang beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Merdeka (bebas daripada sistem hamba)
- Berkemampuan
Seperti yang dinyatakan pada bahagian pengenalan, berkemampuan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Berkemampuan pada diri sendiri:
- Mampu menyediakan bekalan dan perbelanjaan yang mencukupi (untuk diri sendiri dan mereka yang berada dalam tanggungannya).
- Mendapatkan kenderaan yang baik ketika pergi dan balik.
- Perjalanan yang aman (bebas dari musuh dan wabak penyakit berbahaya).
- Tubuh badan yang sihat.
- Berkesempatan masa untuk menunaikan haji dan umrah.
- Berkemampuan dengan pertolongan orang lain pula merujuk kepada golongan Muslim yang cukup semua syarat untuk mengerjakan umrah.
Namun, atas faktor kesihatan yang semakin uzur (tiada harapan untuk sembuh atau terlalu tua), individu ini boleh mewakilkan orang lain untuk mengerjakan ibadah tersebut bagi pihaknya.
Selain itu, orang lain juga boleh mewakilkan bagi Muslim yang sudah meninggal dunia dan mampu mengerjakan ibadah suci ini ketika hayat hidupnya.
Perbezaan Antara Umrah Dan Haji
Apabila melihat takrif umrah, ia seperti sama dengan haji, kan? Tetapi, sebenarnya tidak.
Mari lihat perbezaan antara kedua-dua ibadah suci ini:
Perkara | Umrah | Haji |
Definisi | Menziarahi Baitullah pada bila-bila masa (kecuali musim menunaikan haji) untuk melakukan ibadah tertentu dan ia tertakluk pada syarat-syaratnya. | Menziarahi Baitullah pada masa tertentu (bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah) serta melaksanakan ibadah wajib. |
Hukum | Sunat dilakukan jika berkemampuan. | Wajib bagi setiap Muslim. |
Aktiviti | Tidak perlu melaksanakan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina, dan melontar jamrah. | Melaksanakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah dan Mina, dan melontar jamrah. |
Rukun | Mempunyai rukun seperti ihram, tawaf, sa’i, tahallul, dan tertib. | Mempunyai rukun seperti ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’i, dan tahallul. |
Panduan Dan Cara Mengerjakan Umrah
Cara mengerjakan umrah adalah berpandukan rukun yang telah ditetapkan iaitu berihram, tawaf sa’i, tahallul, dan tertib.
Berikut merupakan penjelasan bagi setiap rukun:
Berihram
Ihram bermaksud keadaan seorang Muslim yang telah berniat untuk mengerjakan umrah (atau haji).
Apabila individu tersebut sudah berihram, dia tidak boleh melakukan perkara-perkara seperti:
- Memakai pakaian yang berjahit.
- Memakai wangi-wangian (hanya boleh dipakai di tubuh sahaja, tidak pada pakaian ihram).
- Menutup kepala (untuk lelaki).
- Menutup muka (untuk wanita).
- Bersetubuh.
Oleh itu, sebelum individu memakai pakaian ihram, dia perlulah melakukan perkara-perkara sunat seperti memotong kuku, mandi sunat ihram, menanggalkan bulu ketiak, dan sebagainya.
Bagi pakaian ihram pula, jemaah umrah, lelaki dan perempuan perlu menutup aurat dengan sempurna.
- Lelaki memerlukan dua helai kain untuk menutup aurat (antara pusat dan lutut) dan juga menutup pada bahagian atas dada.
- Wanita pula perlu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Selain itu, mereka juga disarankan untuk memakai handsocks, stokin, dan kain tudung yang mempunyai alas dagu.
Setelah memakai pakaian ihram, mereka perlu melafazkan niat umrah dari Miqat. Lafaz niat umrah adalah seperti berikut:
Maksud: Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Tawaf
Tawaf atau mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali berturut-turut perlulah dimulakan dengan niat seperti berikut:
Maksud: Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh kali keliling kerana Allah Taala.
Tawaf dimulakan daripada sudut Hajarul Aswad. Ini bermakna jemaah umrah perlu memastikan Baitullah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.
Jika anda was-was dengan pengiraan pusingan tawaf, anda perlu mengambil jumlah yang paling sedikit.
Contohnya, jika anda was-was antara enam atau tujuh pusingan, ia masih dikira enam pusingan.
Sa’i
Sa’i bermaksud berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah. Sama seperti tawaf, sa’i juga perlu dimulakan dengan niat:
Maksud: Sahaja aku sa’i umrah tujuh keliling kerana Allah Taala.
Antara syarat sah sa’i adalah:
- Melaksanakan sa’i selepas tawaf.
- Mulakan sa’i daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
- Lakukan sebanyak 7 kali dengan yakin.
- Lakukan sa’i secara berturut. Perjalanan ulang-alik tidak boleh terputus seperti pergi ke tempat lain ketika melakukan sa’i.
Tahallul
Tahallul daripada segi bahasa bermaksud menjadi boleh atau dihalalkan.
Manakala, menurut syarak pula ia ditakrifkan sebagai membebaskan diri daripada perkara yang dilarang semasa dalam tempoh berihram.
Oleh itu, seorang Muslim tidak boleh meninggalkan tahallul kerana ia dikatakan sebagai pelengkap bagi ibadah umrah (dan haji).
Tahallul terbahagi kepada dua jenis iaitu tahallul awwal dan tahallul thani. Perkara yang melibatkan tahallul ini adalah seperti berikut:
- Melontar jamrah al-kubra
- Lengkap melakukan tawaf dan sa’i
- Bercukur atau bergunting
Namun, anda perlu tahu bahawa tahallul bagi ibadah umrah adalah berbeza dengan haji.
Jika anda bakal melaksanakan umrah, tahallul hanya melibatkan tawaf dan sa’i dan juga bercukur (tahallul awwal).
Ini bermakna anda akan bebas daripada tempoh berihram apabila anda sudah melaksanakan dua daripada tiga perkara yang disebutkan di atas.
Tetapi, tahallul bagi ibadah haji pula akan terjadi apabila seorang Muslim melaksanakan ketiga-tiga perkara tersebut. Inilah yang disebut sebagai tahallul thani.
Tertib
Anda perlu melakukan kesemua rukun yang dinyatakan di atas secara tertib (mengikut turutan yang betul).
Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita perlu cakna akan ilmu dan cara mengerjakan umrah dengan sempurna.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh merujuk kepada ahli agamawan yang diiktiraf untuk menjawab persoalan mengenai umrah.
Hal ini kerana mengerjakan umrah bukan suatu perkara yang boleh dibawa main.
Bagi mereka yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerbangan daripada Daeng Travel.
Daeng Travel menyediakan Pakej Umrah: Kembara Haramain dengan harga yang berpatutan. Berikut merupakan senarai harga mengikut bilik:
- Bilik berdua: RM10,490
- Bilik bertiga: RM9,590
- Bilik berdua: RM8,990
Menariknya, pakej ini disertakan dengan beberapa kemudahan seperti:
- Visa pelancong.
- Tiket penerbangan pergi dan balik Saudi/ Malaysia Airlines (sudah termasuk dengan harga di atas).
- Penginapan di hotel 5 bintang (50 meter dari Masjidil Haram) atau 4 bintang (70 meter daripada Masjid Nabawi).
- Kursus umrah PERCUMA.
- Penyediaan set bagasi dan pakaian ihram PERCUMA.
- Penyediaan perlindungan takaful tambahan.
- Penyediaan simcard PERCUMA.
Jika anda berminat, anda boleh meneliti info Pakej Umrah: Kembara Haramain di sini.
Ataupun, anda boleh hubungi petugas dengan menekan pautan di bawah.