Pakej Umrah adalah pelan perjalanan yang membolehkan umat Islam melawat Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Dipilih sebagai tetamu untuk menunaikan Umrah merupakan nikmat terindah kurniaan Allah SWT kepada umat Islam.
Tidak dinafikan, mencari pakej Umrah agak mencabar terutama bagi mereka yang pertama kali bakal pergi ke Tanah Suci.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang perlu diambil perhatian.
Bagi mereka yang sudah berkemampuan mesti memerlukan panduan untuk memilih pakej yang terbaik.
Artikel ini berkongsi perkara penting yang perlu dipertimbangkan serta pakej Umrah oleh Daeng Travel yang sesuai dengan anda.
Persediaan Membuat Perancangan Umrah
Terdapat dua cara untuk menunaikan ibadah Umrah.
Cara pertama, membuat perancangan sendiri tanpa bantuan agensi atau lebih dikenali Umrah DIY.
Cara kedua, menggunakan perkhidmatan agensi dan menunaikan ibadah secara berkumpulan bersama jemaah lain.
Secara ringkasnya, ini adalah lima perkara yang perlu dilihat dalam persediaan membuat perancangan Umrah yang teliti.
- Membuat perancangan awal
Membuat perancangan awal sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menunaikan ibadah Umrah amat digalakkan.
Ini membolehkan anda mempunyai masa yang cukup untuk mencari agensi terbaik sambil merancang kewangan.
- Mengenal pasti perkhidmatan yang ditawarkan
Perkara seterusnya ialah mengenal pasti servis atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pakej.
Setelah anda mempunyai senarai pendek agensi yang anda berminat, fahami setiap maklumat di dalam pakej itu.
Contoh perkhidmatan utama yang perlu dititikberatkan ialah:
- Urusan penerbangan untuk pergi dan balik
- Jadual perjalanan atau intinerari yang lengkap
- Pengangkutan, logistik dan penginapan
- Urusan visa Umrah
- Bimbingan Mutawwif
Tidak semua agensi menyediakan perkhidmatan yang sama meskipun perbezaan harga yang tidak jauh.
- Membuat perbandingan pakej Umrah
Membuat perbandingan dari segi kos dan servis terlebih dahulu terhadap setiap agensi Umrah dan pelancongan yang dicari.
Selalunya harga pakej Umrah bergantung pada faktor seperti jarak hotel, jenis penerbangan dan waktu puncak.
Bila bercerita tentang harga, jangan mudah terpedaya dengan pakej Umrah yang murah.
Isu penipuan pakej Umrah boleh dielakkan jika bakal jemaah membuat semakan terhadap agensi atau syarikat pengendali pakej Umrah.
- Memilih pakej mengikut keperluan
Dengan adanya pelbagai tawaran pakej Umrah oleh pelbagai agensi, sudah tentu anda mahukan pakej yang ikut citarasa.
Sekiranya anda mempunyai bajet yang cukup-cukup, memadai ambil pakej berdasarkan keperluan.
- Menyemak itinerari Umrah
Untuk merancang masa dan perbelanjaan disana, anda perlu mendapatkan jadual perjalanan atau itinerari yang lengkap.
Berdasarkan maklumat yang ada, barulah anda boleh membuat perancangan yang teratur dan persiapan yang sempurna.
Pilih Pakej Umrah Yang Lengkap
Jadi, berikut antara perkara utama yang perlu ada dalam pakej Umrah yang ditawarkan oleh agensi.
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Visa Umrah
- Kemudahan pengangkutan
- Jarak yang dekat dari hotel ke Masjidil Haram
- Jadual intinerari teramsuk lawatan/ziarah
- Perkhidmatan bimbingan Mutawwif
Kelebihan Pakej Umrah Oleh Daeng Travel
Anda sedang mencari pakej umrah dan ziarah yang boleh memenuhi citarasa dan mengikut kemampuan?
Mari nikmati perjalanan Umrah yang lancar dengan Daeng Travel. Apa yang anda akan dapat dalam setiap pakej kami?
- 3 kali umrah bersama Mutawwif
Umrah boleh dikerjakan sebanyak yang mungkin. Mutawwif antara syarat wajib yang perlu agensi sediakan.
Bakal jemaah berpeluang untuk membuat Umrah sebanyak 3 kali dengan khidmat bimbingan Mutawwif (ketua kumpulan).
Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, bimbingan Mutawwif sangat diperlukan.
Mutawwif berpengalaman ini akan membimbing dan berkongsi ilmu pengetahun kepada jemaah sepanjang perjalanan Umrah.
- Tiket penerbangan
Pakej bersama Daeng sudah termasuk tiket penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah dengan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.
- Penginapan 4 bintang di Mekah & Madinah
Penginapan yang disediakan adalah hotel bertaraf sehingga 4 bintang yang sudah pasti menjamin kebersihan, keselesaan dan keselamatan.
Lebih menarik, semua penginapan disediakan makanan dan minuman untuk mengisi perut jemaah.
Jemaah akan menginap selama 4 malam Mekah dan 5 malam menginap di Madinah.
Lokasi penginapan juga tidak jauh dengan masjid. Ia memudahkan pergerakan bakal jemaah.
- Pengangkutan mengikut itinerari
Jemaah akan menaiki bas berhawa dingin untuk perjalanan dan lawatan di Mekah, Madinah dan Jeddah.
Pengangkutan yang selesa dan selamat penting bagi memastikan keselamatan jemaah sentiasa berjalan dengan lancar.
Daeng akan menyediakan pengangkutan yang berada dalam keadaan baik demi keselesaan jemaah.
Bakal jemaah juga menyediakan jadual itinerari yang lengkap sepanjang perjalanan daripada hari pertama hingga hari terakhir.
Aktiviti, tempat ziarah dan masa perjalanan akan disusun memudahkan pergerakan disana.
Selain yang dinyatakan diatas, pakej ini juga akan dilengkapkan dengan kemudahan menarik seperti dibawah.
- Insurans Visa pelancong
- VISA pelancong
- Apple Airtag (alat pengesan)
- Set beg dan ihram eksklusif dari Daeng Travel
- Bagasi: Saudi Airlines (23kg x 2 bagasi), Malaysia Airlines (30 kg x 1 bagasi)
Terdapat tiga pakej Umrah yang anda boleh pilih iaitu:
- Pakej Kembara Haramain. Harga serendah RM9990/pax
- Pakej Eksklusif Sabah. Harga serendah RM8990/pax
- Pakej Ekonomi Sabah. Harga serendah RM7990/pax
Setiap pakej mempunyai kelebihan yang berbeza mengikut kesesuaian bajet dan kemampuan individu.
Jika anda berkemampuan untuk menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah pada tahun ini, segera hubungi Daeng Travel.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat perancangan yang terbaik dalam menunaikan Umrah.