Harga Pakej Umrah Terkini 2023

pakej umrah ziarah 2023/2024

Pada bulan Januari, kebanyakkan agensi pelancongan tempatan sudah meneliti semula harga pakej umrah terkini bagi tahun 2023. 

Jika dibandingkan, kos pembiayaan ibadah tersebut pada tahun sebelum ini adalah sekitar RM7,890. Tetapi, ia melonjak sehingga RM10,000 bagi setiap jemaah. 

Kadar kenaikan harga ini telah dipersetujui oleh Persatuan Ejen-ejen dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMTRA), dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH). 

Perkara ini terjadi atas beberapa faktor utama seperti kos penginapan, makanan, dan juga penerbangan ke Jeddah sudah meningkat. 

Disebabkan kenaikan kos ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh agensi pelancongan. 

Antaranya adalah “menyerap” kos tambahan agar jemaah umrah tidak rasa terbeban untuk menunaikan tuntutan agama itu. 

Berikutan itu, mereka yang bercadang untuk mengerjakan ibadah umrah dinasihatkan untuk sentiasa update dengan harga pakej umrah terkini. 

Cara ini adalah untuk memastikan bakal jemaah umrah berkemampuan untuk menyara kos penginapan, makanan, dan penerbangan pergi dan balik tanpa rasa terbeban. 

Jadi, buat anda yang ingin mengerjakan umrah tetapi sedang mengalami masalah kewangan, ikuti tips yang disediakan dalam artikel ini. 

Jangan risau. Tips ini easy-peasy! 

Tips Simpan Duit Selaras Dengan Harga Pakej Umrah Terkini 

  •  Buat jadual simpanan selama setahun

Syarat pertama untuk menyimpan adalah anda perlu consistent dan menahan diri dari menggunakan wang simpanan ini. 

Selepas itu, anda perlu melihat pada harga pakej umrah terkini bagi tahun 2023. 

Sebagai contoh, jika seorang jemaah umrah perlu membelanjakan sebanyak RM10,000, jadi anda perlu mengira jumlah simpanan bagi setiap bulan. 

Apabila dicongak anda perlu menyimpan sebanyak RM800 bagi setiap bulan. 

Tetapi, jumlah simpanan ini adalah berdasarkan kos pakej yang ditawarkan bagi setiap agensi pelancongan dan juga bajet bulanan anda. 

Jadi, pastikan anda membuat perbandingan harga antara agensi pelancongan terlebih dahulu. 

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk menyimpan lebih daripada kos simpanan yang ditetapkan. 

Tindakan ini adalah lebih selamat dan bersesuaian dengan pepatah lama “sediakan payung sebelum hujan”. 

Bagi tujuan penyimpanan yang lebih secured, anda digalakkan untuk menyimpan di akaun Tabung Haji atau ASB. 

  •  Rekod moneyflow

Pernahkah anda terbaca slogan “Gaya hidup yang menentukan duit keluar-masuk”? 

Jika ya, slogan ini secara tidak langsung telah menyedarkan anda bahawa membeli tanpa kawalan (juga disebut sebagai shopaholic) adalah tidak bagus. 

Lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi dan wujudnya media sosial, ramai orang yang terpengaruh dengan gaya hidup yang tidak realistik. 

Berikut merupakan punca anda berbelanja dengan lebih banyak berbanding jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun. Bunyi seperti tidak logik, kan? 

Tetapi, itu adalah masalah yang sedang dialami oleh majoriti masyarakat di Malaysia, lagi-lagi golongan anak muda. 

Jika sikap ini berterusan, makin lambatlah hasrat anda untuk ke umrah tercapai. 

Jadi, pastikan anda rekod moneyflow pada setiap hari. Tetapkan had jumlah perbelanjaan harian agar anda tidak berbelanja secara berlebihan. 

  •  Langsaikan “hutang” bulanan

Hutang di sini tidak semestinya merujuk kepada perbuatan meminjam wang. 

Ia juga bermaksud  anda perlu melangsaikan perbelanjaan bulanan yang lebih penting seperti membayar bil rumah sewa, telco, kos tambang pengangkutan awam, dan sebagainya.  

Ini juga termasuklah aplikasi seperti Grab atau Shopee yang membenarkan para pengguna untuk mengaktifkan kemudahan Pay Later. 

Sudah seronok berbelanja, jangan lupa untuk membayar jumlah wang yang “dipinjam” daripada aplikasi itu, ya. 

Apabila anda sudah melangsaikan “hutang” ini, anda perlu mengira jumlah baki wang yang ada. 

Dengan ini, anda boleh menetapkan perbelanjaan lain-lain seperti kos makan dan minum, beli-belah (secara ala kadar) dan tabung kecemasan. 

Jika masih ada lebihan wang, anda boleh menyimpannya bagi tujuan mengerjakan umrah pada masa akan datang. 

  •  Barang tak penting, jangan beli! 

Tips ini adalah amat penting terutama sekali buat anda yang mudah terpengaruh dengan iklan produk yang ditayangkan di media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Tiktok. 

Bukan tidak boleh beli, tetapi jika ia tidak penting, bukankah lebih baik menyimpan untuk mengerjakan umrah? 

Niat menunaikan umrah adalah lebih bermakna dari membeli produk yang bukan keperluan. 

Hal ini disebabkan, terdapat juga pembeli yang suka membeli produk melebihi kuantiti dengan alasan “simpan sebagai stok”. 

Jangan membiasakan diri dengan tabiat seperti ini. Hadkan pembelian “stok” dengan menganggarkan tempoh kegunaan bagi sesuatu produk. 

Contohnya, anda membeli dua kotak toothpaste. Jadi, anda perlu menganggarkan tempoh penggunaan bagi satu kotak toothpaste. 

Jika satu produk ini mampu bertahan selama satu bulan setengah atau dua bulan, jadi anda tidak perlu menambah “stok” dalam masa yang terdekat. 

Sebenarnya, amalan menyimpan wang ini adalah mudah. 

Lagi-lagi apabila anda sudah berniat untuk mengerjakan umrah. Jika anda tidak berniat sebegitu, lagi banyak wang yang dibelanjakan! 

Selain daripada tips di atas, anda juga perlu membuat perbandingan pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. 

Apa yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah pakej? 

Jawapannya ada di bawah: 

  • Semak registry agensi pelancongan di portal rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Lebih mudah, anda hanya perlu klik di sini

Anda hanya perlu memasukkan nama agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah di ruangan search bar dan dan klik “Cari” atau “Search”. 

(Gambar ini diambil daripada laman portal rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya)

  • Membuat semakan harga lantai bagi pakej umrah 

Harga lantai bagi pakej umrah boleh berubah mengikut keadaan semasa. 

Sebagai contoh, jika pihak kementerian sudah menetapkan anggaran kos mengerjakan umrah sebanyak RM10,000, maka itu adalah harga yang perlu dipatuhi oleh semua agensi pelancongan. 

Buat pengetahuan anda, kenaikan kos ini bukanlah dibuat oleh pihak kementerian sahaja. 

Persatuan-persatuan seperti MATTA, BUMITRA, dan juga PAPUH akan berbincang bersama kementerian bagi memperhalus penetapan kos umrah. 

  • Membuat semakan kredibiliti agensi pelancongan 

Anda digalakkan untuk membuat carian nama agensi pelancongan di Internet bagi mengetahui kredibiliti agensi tersebut. 

Jika ramai orang meninggalkan positive feedback, maka anda boleh hubungi petugas di agensi itu untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej umrah dengan lebih lanjut. 

Jadi, buat anda yang ingin menunaikan ibadah umrah di tanah suci, anda boleh meneliti info perkhidmatan di Daeng Travel. 

Daeng Travel ada menawarkan perkhidmatan Pakej Umrah: Kembara Haramain untuk Joined Group dan juga Private Umrah. 

Berikut merupakan maklumat bagi kedua-dua jenis pakej ini: 

 

Joined Group 

Private Umrah 

Tiket penerbangan 

Harga bagi Joined Group sudah termasuk dengan tiket penerbangan pergi dan balik. 

Harga  bagi Private Umrah tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik. 

Bilangan peserta

Sekurang-kurang 8 peserta

Harga 

Bilik berdua: RM10,490

Bilik bertiga: RM9,590

Bilik berempat: RM8,990


(Harga adalah mengikut Ringgit Malaysia) 

Bilik berdua: SAR 6,690

Bilik bertiga: SAR 5,790

Bilik berempat: SAR 4,790


(Harga adalah mengikut Saudi Arabia Riyal) 

 

Bagaimana ingin menempah mengerjakan umrah bersama Daeng? 

Mudah saja. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dibawah ini: 

  • Nyatakan bilangan peserta kepada pihak Daeng. 
  • Hantar salinan passport bagi setiap peserta. 
  • Membuat deposit sekurang-kurangnya 30% bag setiap peserta. 
  • Pembayaran penuh perlu dilakukan 45 hari sebelum pergi ke tanah suci. 

Selain itu, pakej ini juga mempunyai beberapa kemudahan seperti: 

  • Visa pelancong.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik Saudi/ Malaysia Airlines (sudah termasuk dengan harga di atas).
  • Penginapan di hotel 5 bintang (50 meter dari Masjidil Haram) atau 4 bintang (70 meter daripada Masjid Nabawi).
  • Kursus umrah PERCUMA.
  • Penyediaan set bagasi dan pakaian ihram PERCUMA.
  • Penyediaan perlindungan takaful tambahan. 
  • Penyediaan simcard PERCUMA.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengerjakan umrah bersama Daeng Travel sekiranya anda sudah berkemampuan. 

Ingat ya, pastikan tabung simpanan anda tidak diusik sampailah hasrat untuk menunaikan umrah tercapai. 

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *