Cara Memohon VISA Umrah dan Dokumen yang Diperlukan 

pakej umrah ziarah 2023/2024

Sebelum mengerjakan Umrah, anda perlu menyelesaikan urusan permohonan Visa Umrah terlebih dahulu.

Visa umrah adalah dokumen penting yang diperlukan oleh jamaah umrah untuk memasuki Arab Saudi.

Jangan ambil mudah kerana dokumen yang tidak lengkap berkemungkinan menyebabkan perjalanan akan terganggu.

Jadi, apakah tatacara memohon dan dokumen yang diperlukan untuk mempunyai Visa Umrah bagi memasuki Arab Saudi?

Teruskan membaca artikel ini. 

Apa itu Visa Umrah

Visa Umrah merupakan dokumen rasmi yang diperlukan dan digunakan untuk menunaikan ibadah Umrah.

Jika menyalahgunakan kebenaran Visa maka tindakan akan dikenakan termasuk pihak yang mengeluarkan visa berkenaan.

Apa itu Visa Pelancong

Berbeza dengan Visa Umrah, akses ke Arab Saudi lebih luas dan tidak terhad dengan Visa pelancong. 

Visa pelancong ini boleh digunakan untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji. 

Malaysia antara negara yang telah dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon e-Visa. 

Mereka yang telah memiliki e-Visa mendapat kebenaran untuk berada di Arab Saudi dalam tempoh sehingga 90 hari.

Permohonan e-Visa dapat dibuat secara online iaitu melalui portal disini..

Anda tidak perlu hadir atau membuat sebarang temu janji ke Pejabat Kedutaan untuk mengemukakan dokumen asal.

Mudah, kan?

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Visa

Disini kami akan berkongsi kepada anda syarat dan dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa.

Dokumen wajib mestilah lengkap dengan:

  1. Bayaran deposit (setiap seorang) untuk pendaftaran
  2. Bayaran harga penuh pakej hendaklah 45 hari sebelum tarikh berlepas
  3. Mengisi borang pendaftaran Umrah selengkapnya serta tandatangan
  4. Pasport Antarabangsa yang sah laku tidak kurang 6 bulan daripada tarikh pulang dan ada sekurang-kurangnya enam (6) muka surat kosong
  5. Menyediakan empat (4) keping gambar:
  • Berukuran 4cm x 6 cm 
  • Latar belakang berwarna putih
  • Zoom 80% muka
  • Bagi wanita, perlu memakai tudung gelap
  • Bagi lelaki, tidak dibenarkan memakai songkok/ kopiah/ apa-apa di atas kepala
  1. Buku atau surat suntikan Meningitis ACW135
  2. Salinan Kad Pengenalan yang terang
  3. Dokumen sokongan tambahan (sekiranya perlu)

Dokumen sokongan diperlukan bagi pemohon jenis MAHRAM. 

Status JemaahMahramDokumen yang DiperlukanPengesahan 
IsteriSuamiSalinan Sijil NikahJabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
IbuAnak Lelaki(19 tahun ke atas)Salinan Sijil Lahir Anak LelakiJabatan Pendaftaran NegaraJabatan Agama IslamWisma Putra
Anak Perempuan(15 tahun ke bawah) &Anak Lelaki(bawah 13 tahun)Ibu Perlu Ikut SertaBapaSalinan Sijil Lahir AnakSijil Nikah Ibu BapaBagi Perempuan yang telah berkahwin, sertakan sijil nikahJabatan Pendaftaran NegaraJabatan Agama IslamWisma Putra
Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Surat Izin Suami/LOC DiperlukanJabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
Adik Perempuan (15 tahun ke bawah) &Adik Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut SertaAdik Beradik Lelaki (19 tahun ke atas)Salinan Sijil lahir (Setiap Seorang)Sijil Kematian Bapa (Jika Bapa Meninggal)Bagi Perempuan Yang Telah Berkahwin, Sertakan Sijil NikahJabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Atau Suami (Jika Sudah Berkahwin)Pesuruhjaya SumpahWisma Putra
Anak Angkat (Ibu Perlu Ikut serta)Bapa AngkatSalinan Sijil AngkatJabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
Anak Tiri (Ibu Perlu Ikut Serta)Bapa TiriSalinan Sijil Lahir Anak TiriSalinan Sijil Cerai Ibu & Bapa kandungSijil Nikah & Bapa TiriSijil Kematian (Jika Bapa Meninggal)Jabatan Pendaftaran NegaraWisma PutraJabatan Agama Islam
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan Kad PengenalanPesuruhjaya SumpahWisma Putra
Cucu Perempuan (15 tahun ke bawah) & Cucu Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut SertaDatukSalinan Sijil Lahir CucuSalinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang Menunjukkan Hubungan Jabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung dan Salinan kad Pengenalan BapaPesuruhjaya SumpahWisma Putra
Anak Saudara Perempuan (15 tahun ke bawah) & Anak Saudara Lelaki (13 tahun ke bawah) Ibu Perlu Ikut SertaBapa Saudara(Mesti Membawa Isteri)Salinan Sijil Lahir Anak SaudaraSalinan Sijil Lahir Bapa SaudaraSalinan Sijil Lahir Ibu/Bapa Yang MenunjukkanSalinan Kad Pengenalan Bapa/Suami/PenjagaJabatan Pendaftaran NegaraWisma Putra
Surat Izin/LOC Dari Bapa Kandung Dan Salinan Kad PengenalanPesuruhjaya SumpahWisma Putra

Kini, Arab Saudi telah membenarkan kaum wanita menunaikan ibadah umrah tanpa perlu ditemani mahram atau penjaga lelaki.

Namun, sebarang perubahan sentiasa perlu dicakna dari semasa ke semasa. 

Pilihan Pakej Umrah Yang Berbaloi

Kini, kebanyakan pakej Umrah akan menguruskan hal Visa termasuk Visa pelancong yang menyenangkan perjalanan jemaah.

Daeng Travel merupakan agensi berdaftar yang menawarkan pakej Umrah yang serba lengkap. Antaranya:

  • Tiket penerbangan pergi & balik Saudi / Malaysia Airlines
  • Penginapan hotel 5 bintang & hotel 4 bintang
  • Visa Pelancong 
  • Kenderaan selesa semasa di Saudi
  • Set bagasi & kain ihram percuma
  • Kursus Umrah percuma
  • Mutawwif Malaysia di Saudi
  • Ziarah Makkah & Madinah

Daeng Travel sudah mula menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Jika anda bercadang untuk menunaikan ibadah ini, hubungi kami segera untuk maklumat lanjut. 

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD!

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *