ITINERARI PAKEJ
HARI 1 : KOTA KINABALU – JEDDAH
- Jemaah diminta berkumpul di kaunter daftar masuk KKIA 3 jam sebelum waktu berlepas.
- Taklimat Perjalanan Umrah.
- Jeddah – Pemeriksaan Imigresen dan kastam.
- Jemaah bersiap menaiki Bas ke Hotel.
- Tiba di Hotel Madinah untuk urusan daftar masuk hotel.
HARI 2 : MADINAH
- Sesi Ziarah sekitar Masjid Nabawi :
- Tapak Saqifah Bani Saedah
- Tapak telaga Bir Ha
- Pasar Al Manakh
- Tapak Nabighah Al-Judy (Tapak Maqam ayah Nabi)
- Masjid Al-Ghammah
- Masjid Abu Bakar
- Masjid Ali
- Tempat ambik Air Zam-Zam di Madinah
- Tapak rumah Abu Ayyub Al-Ansari
HARI 3 : MADINAH
- Sesi ziarah sekitar Madinah akan melalui:
- Masjid Sajadah
- Masjid Ijabah
- Perkuburan Baqi’
- Tapak Dakwah Mus’ab bin Umair
- Masjid Bilal
- Kampung Awali
- Masjid Jum’ah
- Berhenti solat sunat di Masjid Quba’
- Berjalan ke Ladang Kurma
- Menuju Uhud
- Menziarahi Maqam Shuhada Uhud
- Melalui Wadi Buthan
- Masjid Qiblatain
- Tapak Perang Khandaq
HARI 4 : MADINAH
- Taklimat untuk keberangkatan ke bumi Madinah.
- Jemaah lelaki di bawa ke Jannatul Baqi
- Jemaah akan dibawa untuk membeli belah untuk buah tangan ke Tanah Air
- Jemaah digalakkan untuk menghabiskan masa di Masjid Nabawi dengan amalan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat
HARI 5 : MADINAH – MEKAH
- Ziarah Wida’
- Bergerak ke Makkah
- Miqat di Bir Ali
- Tiba di Makkah. Disambut oleh petugas dan daftar masuk hotel.
- Menunaikan Umrah pertama bimbingan Mutawif Daeng Travel
HARI 6 : MEKAH
- Sesi Ziarah Sekitar Masjidil Haram:
- Jabal Abu Qubais
- Jabal Quaqian
- Rumah maulid kelahiran Rasulullah S.A.W.
- Tapak perkampungan Bani Hashim
- Babus Salam
- Bab Ismail
- Tempat air zam-zam
HARI 7 : MEKAH
- Sesi Ziarah luar Makkah: Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah & Mina.
- Jabal Qurban ( tempat nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail)
- Ji’ranah (bermiqat bagi yang ingin melaksanakan umrah)
- Melaksanakan Umrah kedua bimbingan Mutawif Daeng Travel
HARI 8 : MEKAH
- Sesi Ziarah Hudaibiyah dan Sumaisi – Solat di Masjid Hudaibiyah Asar
- Niat Umrah – Miqat Tapak perjanjian Hudaibiyah
- Melaksanakan Umrah ketiga bimbingan Mutawif Daeng Travel
HARI 9 : MEKAH
- Ziarah Wida’ (ziarah perpisahan dengan Rasullah SAW)
- Persiapan ke Airport
- Chec Out Hotel
- Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah
- Daftar masuk bagasi dan berlepas
HARI 10 : KOTA KINABALU
- Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Cara Tempahan:
- Nyatakan bilangan peserta
- Hantar salinan passport setiap peserta
- Membuat deposit RM1000 seorang
- Pembayaran penuh 50 hari sebelum trip
Apa yang anda akan dapat dalam pakej ini?
Tiket penerbangan dari Sabah
Penginapan di Mekah
Penginapan di Madinah
Bagasi: Scoot Airlines (30kg), Handcarry (7kg)
Penginapan 3 bintang di Mekah & Madinah
Pengangkutan mengikut itinerari
3x umrah bersama Mutawwif
Visa Pelancong
Makan dan Minum di Mekah & Madinah
Pakej kami tidak termasuk
Penggantian barangan yang hilang semasa perjalanan
Perubahan kadar tukaran mata wang,kenaikan harga tiket penerbangan & penginapan
Kad SIM
Kami menawarkan penginapan yang selesa untuk anda

Mekah: Emaar Andalusia
(atau setaraf)
- 450 meter ke perkarangan Masjid / Gate King Abdul AZIZ

Madinah: Manazel Al Safiyah
(atau setaraf)
- 120 Meter ke perkarangan Masjid Nabawi
Kami turut menawarkan add-on untuk anda
Bullet Train: RM500
Peak season, Musim Sejuk, Cuti Sekolah: RM500 - RM1000
Borang Tempahan
Soalan Lazim
- Pakej Kembara Haramain
- Pakej Eksklusif Sabah
- Pakej Ekonomi Sabah
Jemaah umrah Daeng perlu menyediakan:
- Pasport sah yang melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas dengan 6 muka surat kosong
- 4 keping gambar 4x6 cm dengan latar belakang putih dan saiz muka 80%
*Bukan warganegara Malaysia, sila rujuk pegawai DAENG untuk dokumen tambahan.
Kursus akan diadakan sebulan sebelum tarikh berlepas dan semua jemaah akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.
Jumlah deposit adalah RM1,000/seorang dan ia tidak boleh dikembalikan. Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam masa kurang daripada 45 hari dari tarikh berlepas. Kegagalan untuk mematuhi keperluan ini boleh mengakibatkan pembatalan perjalanan.
Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan tetapi anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut terlebih dahulu. Jadual perjalanan adalah tetap, bagaimanapun, hari lawatan mungkin berubah dalam keadaan tertentu (cuaca, dan lain-lain).
DAENG akan menyediakan Mutawwif berpengalaman Malaysia untuk membimbing sepanjang perjalanan Umrah anda.
Anda perlu memuat turun aplikasi Nusuk. Nusuk : Untuk memohon permit Raudah
Ia akan menjadi penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah dengan Malaysia Airlines & Saudia Airlines.
Semua syarikat penerbangan menyediakan elaun bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang. Semua orang akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk membayar lebihan caj bagasi.
Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi Saudi Airlines : 23 Kg x 2 bagasi
Pakej Ekonomi Sabah
Mekah (Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam)
Madinah (Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam)
Kami menyediakan bas berhawa dingin untuk semua jemaah DAENG di Mekah, Madinah dan Jeddah.
Anda boleh melayari laman web rasmi kami, media sosial atau menghantar e-mel ke umrah.daeng@gmail.com.
Hotline & Whatsapp : +60143477102 / +60146017102